May 01, 2011

APA ITU HARI BURUH @ 1 MEI?


sedikit info tntg hari pekerja::::::::::

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

united kingdom:
Di United Kingdom, acara-acara politik kadangkala memecahkan mereka kepada dua kem. Pergerakan Buruh perdana meraikan Hari Mei mereka pada hari Isnin pertama di dalam bulan Mei, yang mana ia adalah hari cuti kebangsaan dan mungkin atau mungkin tidak wujud pada 1 Mei. Perarakan berskala kecil telah dianjurkan parti-parti politik (biasanya termasuk tetapi tidak terhad kepada Parti BuruhParti Pekerja SosialisParti Sosialis ScotlandParti Komunis Britain dan kumpulan berhaluan kiri yang lain). Keraian sebegini biasanya ditandakan dengan perkhemahan arak di tempang letak kereta dan penjualan bahan-bahan propaganda Marxist.
Hari sebenar 1 Mei di U.K., walau bagaimanapun ,secara umumnya digambarkan dengan perarakan-perarakan umum dan demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan anarki , walaupun dalam tahun-tahun kebelakangannya ia juga melibatkan kumpulan-kumpulan komunis, secara khususnya mereka daripada cawangan Trostsky

jerman:
Hari Mei pada masa kini masih mempunyai kepentingan politik, dengan kesatuan pekerja dan parti-parti politik sering menggunakan hari Mei ini untuk aktiviti-aktiviti dan kempen-kempen politik,tetapi sejak 1987 ia juga dikenali sebagai mogok besar oleh radical berhaluan kiri, termasuklah senario punk rockAutonome, dan lain-lain lagi, tetapi juga ramaja-remaja "biasa" yang benci kepada polis. Walau bagaimanapun, Hari Mei 2005 di Berlin adalah yang paling aman dalam jangkamasa 23 tahun years.
Tahun-tahun kebelakangan ini, neo-nazi dan kumpulan-kumpulan lain berhaluan radikal kanan seperti NPD juga menggunakan hari ini untuk mengaturkan demonstrasi-demonstrasi awam, biasanya membawa kepada pertempuran dengan pembantah berhaluan kiri, yang mana ia menjadi satu perisitiwa keganasan di bandar bersejarah Leipzig di 1998 dan 2005.

sumber wikipedia..






THANKS FOR READING..LUV U GUYS

No comments:

Post a Comment

ape ye yg kamu katakan