BUAT PEDOMAN:
"Mak jumpa Firdaus dekat kedai tadi, wah keretanya jenama dari oversea, baru lagi. Katanya dia buat bisnes sekarang," ujar mak kepada saya.Teh yang masih berwap panas itu aku hirup sedikit demi sedikit. Otakku agak ligat memahami maksud tersirat di hati mak.
"Mak, mak rasa apa sebenarnya yang dikatakan sebagai kejayaan didunia ini?" Aku bertanya kepada mak.
Mak hanya terdiam. Mungkin sedang memikirkan jawapan untuk soalan ku.
"Kita ni selalu pandang kejayaan dari sudut lahiriah je, kereta besar, rumah besar, jawatan hebat. Tapi mak, bagi saya kejayaan yang sebenarnya ialah apabila kita berjaya menjadi insan yang diredhai Allah, dan berjaya menjaga iman dan agama kita. Mana yang mak nak? Anak yang berjaya memperolehi rumah besar, kaya raya tapi tidak menunaikan solat, tidak hormat pada ibu bapa, tidak reti hal-hal berkaitan agama atau mak nak anak yang ada rumah biasa, tak begitu mewah tapi hatinya luhur, ikhlas memperhambakan diri kepada Allah ?" Aku menyoal lagi.
"Isk, mestilah mak nak seorang anak yang hormat kepada mak ayah, dan yang menjaga iman dan agama."
"Baiklah, mak sendiri sudah tahu apa pilihan mak, tapi orang lain diluar sana masih memandang kepada rupa daripada isi."
Mak terdiam lagi. Pandangannya seakan-akan menembusi skrin televisyen itu.
Inilah sikap masyarakat kita yang rata-rata cuma mentafsir erti kejayaan itu dengan melihat daripada sudut lahiriah semata-mata. kereta yang besar, rumah yang mewah serta gaji bulanan yang banyak itulah yang menjadi ukuran bagi masyarakat itu untuk menentukan sejauh mana seseorang itu berjaya dalam kehidupannya. Apabila seseorang itu tidak mempunyai rumah mewah, kereta besar dan gaji yang melimpah ruah , seseorang itu akan dianggap tidak berjaya walaupun dia kaya dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia.
Jika ditanya kepada ku, apakah erti kejayaan yang sebenar? Aku berpendapat bahawa menjawab bahawa kejayaan itu adalah datangnya daripada Allah dan kejayaan itu akan datang apabila seseorang hamba Allah itu melakukan setiap perkara hanyalah kerana mencari keredhaan Allah. Apabila kita melaksanakan segala perbuatan itu kerana Allah, maka secara automatik segala suis akan dihidupkan untuk memacu diri mencapai kejayaan dari pelbagai sudut.
Sahabat sekalian..
Jika anda merupakan seorang pelajar UiTM, mungkin anda masih berada di mood yang tidak menentu setelah mendapat keputusan peperiksaan baru-baru ini, ada yang gembira tak terkata, ada pula yang kecewa tidak terhingga, mungkin ada yang sedang tersenyum puas, atau sekadar tidak ambil pusing mengenai keputusan yang diperolehi.
Alhamdulillah, aku telah dikurniakan kecemerlangan tidak disangka-sangka. Namun dalam pada masa yang sama, aku takut andai kejayaan yang aku perolehi ini hanya akan membuatkan aku berada lebih jauh daripada Allah.
Seringkali saya terdengar dialog berbaur cemburu oleh rakan-rakan terhadap rakan-rakan mereka yang memperoleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan. Jelas dan nyata sekali kata-kata mereka berbaur nada tidak puas hati, cemburu dan iri hati.
" Ala dia tu bolehlah dapat dekan sebab dia tu suka bodek lecturers ."
Mungkin anda juga pernah mendengarnya bukan?
Kejayaan tidak boleh diukur dari segi lahiriah semata-mata. Selalunya kejayaan yang bersifat lahiriah itu hanya akan mengundang iri hati dan cemburu orang lain. Ada sesetengah orang pula apabila telah berjaya, dia menjadi semakin angkuh dan sombong sesama manusia dan juga kepada Allah S.W.T.
Ada sesetengah orang yang dikatakan berjaya namun masih tidak menunaikan solat, tidak menutup aurat dengan sempurna, pentingkan diri sendiri, tidak menghormati ibu bapa dan meninggi diri.
Baru-baru ini saya ada menerima mesej di facebook daripada seorang junior yang berbunyi seperti ini:
"Kak Suhana, tiba-tiba mahu kata-kata motivasi untuk diri ini, rasa down sikit dengan result exam."
Aku pun menjawab mesej tersebut:
"Adikku, tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk meluah rasa.Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa Agama.Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ingat, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan, jangan berputus asa! Sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat Allah SWT. Sungguh Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu."
Sungguh, kegagalan itu adalah kejayaan yang tertangguh. Gagal hari ini, bermakna akan ada kejayaan besar yang akan menanti.
Berjaya atau gagal,kembalilah kepada Allah setiap saat dan detik, kerna Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
DR: I LUV ISLAM
teringat bila sy cakap kt mak nak bg rumah besar...mak jawab "tak payah, mak tak brani dok rumah besar2...doa tiap2 hari kat mak ckup la, jgn tinggal sembhyang..harta xleh bawak mati"...insaf =)
ReplyDeletealana dh klik nuffnang akak dh . hehe . btw, thanks kak dh klik heartbeat alana . may god bless you .
ReplyDeleteyeay ..belajar dr kesilapan :)
ReplyDeleteyAH! PERLU BANGKIT:)
ReplyDeletekalau bangun dari kegagalan barulah dapat kejayaan..
ReplyDelete